SUBHANALLAH... INILAH CARA MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH SESUAI YANG DI AJARKAN NABI MUHAMMAD SAW...

Berita Islam – Memiliki Anak Yang Soleh Dan Solehah adalah idaman setiap orang tua muslim. Pertanyaan muncul bagaimana Cara mendapatkan Anak Yang Soleh Dan Solehah. Berikut ulasan dalm Al Quran dan hadist nabi.“Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al Furqan, 74)
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah..orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi”
  1. Untuk mendapat anak yang soleh dan solehah tidak dapat tidak mereka(ibu bapa)perlu solehkan diri mereka dahulu sebelum berkahwin lagi.. Oleh itu sesiapa yang telah memasang niat untuk mendirikan rumah tangga maka peliharalah kewajiban-kewajiban yang telah difardhukan ke atas seorang muslim,banyakkan amalan sunat dan banyakkan berdoa agar Allah mengurniakan zuriat soleh\solehah(minta dikurniakan anak2 soleh\solehah bermula ketika zaman bujang lagi).
  2. Pilih pasangan yang faham agama dan berakhlak mulia
    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
    “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat,kerana hartanya,karena keturunannya,karena kecantikkannya dan karena agamanya.Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama,niscaya kamu berbahagia.”
    (oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka)
    Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.Ulama berpendapat hadis ini juga terpakai buat wanita dalam memilih pasangan hidup.
    Untuk mendapatkan pasangan yang beragama soleh maka anda perlu solehkan diri anda terlebih dahulu..Bila anda soleh insya Allah anda akan mendapat jodoh yang solehah..Demikian sebaliknya,bila anda seorang yang solehah,maka Allah akan jodohkan anda dengan seorang lelaki yang soleh.. dan jangan lupa selalu minta pada Allah agar menjodohkan anda dengan pasangan yang beragama\soleh\berakhlak.
  3. Sebelum berkahwin,jaga batasan syarak antara anda dengan calon suami\isteri anda.Jaga dari bertemu..kerana bila bertemu anda akan berpandangan mata,bila berpandangan mata anda akan mula berpegangan tangan dan seterusnya bahkan bisa saja melakukan zina
    maka,keberkahan perkahwinan anda semakin berkurang atau langsung tidak mendapat berkat..dan “perbuatan” anda dengan pasangan anda sebelum berkahwin itu juga akan mempengaruhi zuriat anda nanti
  1. Ketika akan melakukan persetubuhan baca doa yang Nabi ajarkan supaya Syaitan tidak masuk campur ketika hubungan jenis sedang berlangsung dan jika Allah rezekikan anak hasil dari persetubuhan tersebut,Syaitan tidak akan dapat mengganggu anak anda..
    Doa tersebut ialah:
    اللـــــــــــهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
    Artinya :
    “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dan jauhilah Syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami”.
  2. Ketika isteri mengandung lakukan seperti berikut :
  • Suami hendaklah membaca al-Quran setiap hari seperti memperbanyak membaca surat Maryam,yusuf dan lukman..Pada saya tidak kisahlah surah apa dan berapa ayat..yang penting lakukannya secara istiqamah sebagai rutin setiap hari.
  • Isteri perlu selalu baca al Quran
  • Isteri perlu mendengar tilawah al Quran dan ceramah-ceramah agama. Hindari dari menonton derama-derama\film yang kurang bagus dan berkata sesuatu yang bisa membawa dosa..
  • Suami isteri mesti selalu berbicara perkara-perkara yang baik dengan anak dalam kandungan..
  1. Bila anak telah dilahirkan :
  • Suami hendaklan azankan ditelinga anaknya..
    Diriwayatkan Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.),ia berkata: “Saya melihat Rasulullah SAW azan,seperti azan solat di telinga al-Hasan bin Ali, ketika Fatimah radhiyallahu ‘anha melahirkannya”.
    Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud,at-Tirmizi,al-Baihaqi dalam al-Kubro dan ath-Thabrani dalam al-Kabir dan Abdur-Razzaq dll dikalangan hufaZ..
  • Beri anak nama-nama yang baik..
    Dari Abu Basrah,Nabi s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik nama kamu adalah Abdullah dan Abdurrahman serta Harits.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani.Lihat: Sahih Jami’no.3269)
    Ibu bapa jangan memberi nama karna bagusnya saja tetapi tidak tahu arti dan maknanya. Karena nama adalah doa bagi yang punya nama.
  1. Hendaklah ditahnikkan bayi itu.
    Dari Abu Musa r.a katanya: “Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma.Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
  • Melakukan akikah
    Kata Imam Ahmad bin Hanbal :“Sesungguhnya akikah itu menghidupkan sunnah dan aku berharap agar Allah memberi ganjaran yang setimpal.”
  1. Bila menyusukan anak mulakan dengan bismillah
  2. Jika anak anda ada buat salah jangan sesekali anda menghemburkan kata-kata yang tidak baik kepada mereka walaupun apa yang telah mereka lakukan itu satu kesalahan yang besar.Contoh “Bodoh ” “Jahat ”.DLL
  3. Doakan kebaikkan buat anak-anak anda setiap hari..Kalau setiap selesai solat itu lebih baik..Doa dari ibu dan bapa pasti Allah makbulkan .percayalah Allah tidak akan mensia-siakan doa anda..DIA pasti mustajabkan doa anda..percayalah..Doa ibu bapa itu sangat sangat power.
  4. Beri makan dan minum kepada anak-anak dari sumber rezeki yang halal dan baik.
Antara faktor anak-anak bermasaalah dan melawan ibu bapa adalah kerana darah daging mereka telah diisi dengan makan dan minum dari hasil yang haram atau syubhah yang disuapkan ibu bapa mereka..
Demikian Pembahasan Cara Mendapatkan Anak Yang Soleh Dan Solehah Sesuai Ajarkan Nabi Muhammad SAW semoga Bermanfaat.

CAR,FOREX,SEO,DOMAIN,HOSTING,HEALTH

0 Response to " SUBHANALLAH... INILAH CARA MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH SESUAI YANG DI AJARKAN NABI MUHAMMAD SAW... "

Post a Comment